fauzulwilliam

Ingin Kami Bantu Anda untuk Mengenal Personaliti Diri? Hanya 7 Minit, Rahsia Personaliti Diri Terpendam Sejak Berpuluh Tahun Akan Terbongkar

DynamicDISC

Inspirasi Kajian Dr. William M Marston, Pakar Psikologi dan Pencipta Mesin Pengesan Penipuan

Dr. William M Marston, pakar psikologi fisiologi dan pemegang doktor falsafah dalam bidang psikologi daripada Universiti Harvard memperkenalkan konsep D.I.S.C melalui buku karangan beliau yang bertajuk Emotions Of Normal People.

Beliau menerangkan bagaimana hubungan antara kecerdasan emosi dengan tingkah laku manusia. Kajian beliau adalah berdasarkan hipotesis dan eksperimentasi kepada psikologi manusia.

Kajian saintifik yang membawa kepada penciptaan alat pengesan penipuan dan Analisa Psikometrik D.I.S.C.

Alat Psikometrik dengan Ketepatan 88% dan Diguna Pakai oleh lebih 1 juta Orang di Seluruh Dunia Setiap Tahun, Kini Direka Bentuk Sesuai untuk Orang Malaysia

senang

MUDAH

Kami menyediakan sistem analisa psikometrik yang sesuai dengan latar belakang tempatan. Daripada proses penilaian dan pelaporan mudah untuk difahami oleh warga kerja

cepat2

CEPAT

Proses untuk membuat penilaian hanya mengambil masa singkat, kurang 15 minit keputusan sudah dapat diperoleh

tepat

TEPAT

Ketepatan alat psikometrik DISC kami mencapai ketepatan sehingga 88%. Ini memudahkan organisasi untuk menilai personaliti warga kerja dengan lebih tepat.

DynamicDISC™ adalah alat analisa tingkah laku yang digunakan untuk memperkasa dan memperbaiki produktiviti kerja, gerak kerja berpasukan dan komunikasi.

DynamicDISC™ adalah alat yang 'tidak menghakimi' dan dapat digunakan untuk perbincangan perbezaan tingkah laku. Anda akan melalui satu sesi analisa yang ringkas tapi dengan ketepatan tinggi. Laporan analisa akan memperincikan personaliti dan tingkah laku Anda.

DynamicDISC adalah model berdasarkan kajian Dr. William M Marston yang menyediakan 'bahasa sama' buat semua individu dalam sesebuah organisasi. Ia dapat digunakan untuk memahami setiap seorang anggota memahami diri dan antara satu sama lain. Ini memudahkan proses adaptasi dalam satu pasukan. Alat ini amat efektif untuk aktiviti melibatkan perhubungan jualan dan bisnes, pembangunan kepimpinan dan pembangunan potensi diri.

Antara Pelanggan Yang Sudah Mendapat Manfaat Daripada Analisa Kami

JKPTG
kptm-logo-04AE287ED7-seeklogo.com
mardi-logo-77EDD11D5A-seeklogo.com
11
LOGO KOIMAN
Picture1
Logo-Jabatan-Penerbangan-Awam-DCA
tenaga-nasional-logo-B2C2BAAFAE-seeklogo.com

Apa yang Akan Berlaku Dalam Sesi Analisa?

Analisa 7 Minit Mengubah Persepsi Mengenai Kehidupan

Analisa Profail DiSC adalah sistem yang ringkas dan mudah dikendalikan oleh pentadbir mahupun respondan. Analisa ini diuruskan secara manual dan diproses secara online. Dalam tempoh kurang 30 minit responden dapat melihat keputusannya.

Apa yang Berlaku Ketika Kaji Selidik Profail DynamicDISC™

Apabila Anda melalui sesi analisa profail DynamicDISC™, Anda akan memperoleh borang analisa yang mengandungi 24 kumpulan soalan kaji selidik. Anda akan melihat di sebelah kanan ada perkataan Lebih dan Kurang.

Dalam melalui sesi ini, Anda adalah pakar tentang diri Anda sendiri. Tiada jawapan yang salah kerana apa sahaja dipilih adalah betul berdasarkan maklum balas Anda kepada soalan kaji selidik diberikan.

Hasil skornya dijana secara automatik oleh sistem DynamicDISC™. Ia akan menghasilkan laporan penuh mengenai gaya tingkah laku, kecenderungan dan strategi paling berkesan sesuai dengan tingkah laku diri. Di sini Anda kan mengetahui mengenai kekuatan dan kelemahan diri.

Laporan diperoleh dapat digunakan mengikut keperluan. Jika ia dibuat untuk pengambilan pekerja, ia dapat mencadangkan kesesuaian kerjaya mengikut kecenderungan dengan melihat padanan profil kerjaya. Ia juga dapat melihat padanan pasukan, padanan pekerja kepada pengurus, padanan pekerja kepada pasukan baru.

Sistem DISC hanya mengurus kecenderungan tingkah laku berdasarkan pola tingkah laku. Ia tidak mengukur kecerdikan, kesihatan mental ataupun nilai. Ia menggambarkan tingkah laku dalam kepelbagaian situasi dan suasana.

Sebagai contoh: DISC menceritakan bagaimana Anda bertindak balas pada cabaran, bagaimana Anda mempengaruhi orang lain, bagaimana Anda bertindak balas kepada peraturan dan bagaimana ketangkasan Anda dalam aktiviti kerja.

Manfaat Untuk Organisasi

Organisasi cemerlang dapat menggunakan alat ini untuk sebagai platform komunikasi dan pembangunan gerak kerja berpasukan. Ia dapat memperkasa komunikasi dan mengeratkan hubungan antara ahli pasukan. Ia dapat mengurangkan konflik dan mengelakkan salah faham. Ini secara langsung dapat meningkatkan produktiviti organisasi

Manfaat untuk Individu

ndividu dapat mengenali trait diri, menggunakannya untuk memperbaiki kelemahan dan memperkasa kelebihan. Individu juga mudah mengenali individu lain dengan mendalam dan ini memudahkan berinteraksi antara trait.

Manfaat Untuk Trainer, Fasilitator dan Penceramah

Ia adalah alat efektif yang dapat dijadikan ‘plugins’ dalam program. Ini dapat meningkatkan kredibiliti dan keyakinan kepada pelanggan. Pelbagai perkhidmatan dapat ditawarkan untuk menambah nilai diri. Suatu ilmu yang wajib ada pada setiap yang bergelar trainer, fasilitator dan penceramah.

Pandangan Pengguna

Saya menyangka Analisa Profil DISC ini hanya untuk mendapatkan profil individu, namun apabila berada selama dua hari bersama master trainer baru saya tahu ia juga dapat diaplikasikan untuk membangunkan sebuah pasukan yang mantap. InsyaAllah selepas ini saya akan gunakannya untuk memudah cara insan-insan bermasalah di luar sana. DISC memang mantap.

-Muhammad Jahid Jamil, Pengurus Kanan, TNB ILSAS

Pandangan Saya mengenai sistem DISC ialah Saya Akan lebih fokus kalau ingin menjadi seorang Fasilitator Saya mesti lebih tinggi IDalam kerja seharian pula Saya Akan tinggi kan C dan D. Supaya lebih Dominan dalam membuat keputusan dan mematuhi segala prosedur dalam TNB. Sebelum coaching Saya tak TAHU apa yang perlu Saya pertingkatkan. Namun Selepas coaching Saya lebih fokus dengan setiap tugas yang Akan dilaksanakan.

Norharnani Haji Awang Kecil, Eksekutif Tenaga Nasional Berhad

Profil Tingkah Laku DynamicDISC™ membantu Anda

Menambah ilmu kenal diri: Ia memperincikan bagaimana Anda bertindak balas kepada konflik, apa yang memotivasikan Anda, apa yang menyebabkan Anda tertekan dan bagaimana Anad menyelesaikan sesuatu masalah. 

Memperbaiki perhubungan dan kerja. Ia menyediakan ruangan mengenal pasti strategi komunikasi terbaik dikehendaki oleh ahli pasukan.

Memudah cara gerak kerja berpasukan: Ia mengurangkan konflik dalaman dan luaran antara ahli pasukan melalui komunikasi berkesan. 

Membangun kemahiran membina jaringan: Ia memberikan kemahiran jualan dan pemasaran dengan mengenal pasti gaya pelanggan bertindak balas pada sesuatu perkara.

Mengurus dengan lebih berkesan: Ia dapat meningkatkan pemahaman keutamaan pekerja dan ahli pasukan dengan lebih berkesan. 

Menjadi pemimpin dengan kesedaran diri tinggi. 

Apa Maksudnya D.I.S.C? Apakah Maksud Setiap Huruf?

Dominance

D: Dominance

Ini adalah individu yang cenderung untuk fokusnya kepada mencapai matlamat dan menyempurnakan tugasan. Keyakinan dan ketegasan dirinya tinggi.

Individu dengan kecenderungan D:

  • termotivasi untuk menang, pertandingan dan kejayaan
  • mempunyai keutamaan untuk menerima cabaran, mengambil tindakan dan memperoleh sesuatu hasil dengan cepat
  • mempunyai kecenderungan untuk berterus terang, agak suka mengarah, menekan, pendirian yang cukup kuat, suka memacu diri dan mempunyai tekad tinggi, cepat dan keyakinan tinggi.
  • tidak prihatin dengan orang lain, tidak sabar dan terbuka untuk menerima buruk sangka orang
  • tidak suka kelihatan lemah dan tidak mahu orang ambil kesempatan atas dirinya
  • nilai kompetensi, tindakan, hasil yang jelas dan konkrit, bebas dan cabaran.

Matlamat:

  • pencapaian tersendiri
  • peluang baru
  • kawalan kepada orang lain
  • berdikari

Perlu untuk mengembangkan tenaganya kepada:

  • menunjukkan kesabaran dan sensitiviti
  • melihat pada perincian
  • membenarkan perbincangan
Influence

I : Influence

Individu dengan kecenderungan untuk mempengaruhi orang lain, keterbukaan dan perhubungan.

Individu dengan kecenderungan I:

  • kelihatan agak kalut dan tidak teratur, selalu melakukan perkara yang tidak teliti
  • kelihatan meyakinkan, bersemangat tinggi, mempersona, mudah mesra, boleh dipercayai dan optimistik.
  • mengutamakan tindakan, kerjasama dan menunjukkan semangat tinggi
  • termotivsi dengan pengiktirafan sosoal, aktiviti berkumpulan dan perhubungan
  • bimbang hilang pengaruh dan tidak suka diabaikan orang lain
  • menghargai proses coaching dan kaunseling, kebebasan ekspresi diri dan perhubungan yang demokratik

Matlamat:

  • kelebihan melalui bakat yang ada pada diri
  • persahabatan dan kegembiraan
  • autoriti dan simbol kejayaan
  • populariti

Perlu untuk mengalihkan tenaga pada:

  • lebih terperinci
  • membuat penyelidikan pada setiap fakta
  • becakap terus terang
  • fokus untuk lebih lama pada sesuatu perkara
Steadiness

S : Steadiness

Individu yang menekankan kepada kerjasama dengan orang lain dalam situasi semasa untuk melakukan sesuatu tugasan.

Individu dengan kecenderungan S:

  • termotivasi dengan kerjasama, peluang untuk membantu orang lain dan pengitirafan penuh ikhlas
  • mengutamakan membantu orang lain, bekerjasama dan mengekalkan kestabilan
  • digambarkan sebagai tenang, sabar, mudah dijangka, suka berbincang, stabil dan konsisten
  • mungkin terkekang dengan mudah was was, terlalu berlapang dada dan cenderung untuk mengelak perubahan
  • takut dengan perubahan, hilang kestabilan dan menyakitkan hati orang lain
  • menghargai kesetiaan, membantu orang lain dan keselamatan

Matlamat:

  • pencapaian peribadi
  • penerimaan pasukan
  • kuasa melalui peranan yang formal dan kedudukan autoriti
  • mengekalkan status quo dan suasana terkawal

Perlu untuk mengalihkan tenaga pada:

  • beradaptasi dengan cepat pada perubahan dan jangkaan yang tidak jelas
  • tugasan pelbagai
  • mempromosikan diri
  • berhadapan dengan masalah
Compliance

C : Compliance

Individu dengan kecenderungan untuk bekerja dalam situasi semasa dengan penekanan pada ketepatan dan peningkatan kualiti.

Individu dengan kecenderungan C:

  • termotivasi dengan peluang menambah ilmu, menunjukkan kepakaran dan kualiti kerja.
  • mengutamakan ketepatan, mengekalkan kestabilan dan melawan andaian.
  • kelihatan berhati-hati, sistematik, diplomatik, tepat dan bijaksana.
  • terkekang dengan suka mengkritik, menganalisa dengan berlebihan dan meminggirkan diri daripada orang lain.
  • menghargai kualiti dan ketepatan.

Matlamat:

  • pencapaian unik.
  • ketepatan
  • kestabilan
  • kesempurnaan
  • pencapaian yang dapat dijangka
  • unique accomplishments
  • pembangunan diri

Perlu untuk mengalihkan tenaga pada:

  • membenarkan diri untuk lebih terbuka dan delegasi pada orang lain
  • berkompromi untuk kepentingan bersama
  • turut serta dalam acara sosial dan keraian
  • membuat keputusan cepat

Ingin Tahu Bagaimana Alat Ini Dapat Dimanfaatkan Buat Diri dan Organisasi Anda??

Hubungi kami sekarang! Pihak kami amat teruja untuk membantu organisasi Anda terbang tinggi.

Ingin Jadi Pakar Personaliti dan Tingkah Laku DynamicDISC™? Sertai Kami

Sertai barisan Penganalisa Profil Tingkah Laku DynamicDISC™ Bertauliah di bawah. Mereka melalui proses latihan intensif yang membolehkan mereka menjadi pakar analisa Profil Tingkah Laku kami.

batch1
batch2
batch3
batch4
batch5
batch6

Sertai DynamicDISC™ Behavioural Coach Certification Program

PenganalisaProfilDISC (Web) (1)


Divisyen di bawah FINE Academy
9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur
Tel: (+6) 03 4149 2560 | Faks: (+6) 03 4149 3560 | Emel: info@fineacademy.com.my

Hubungi Kami

Kami amat teruja untuk membantu Anda bagi membangkitkan potensi diri ke tahap tertinggi. Sila gunakan borang online di bawah untuk berinteraksi dengan kami. InsyaAllah kami akan memberikan maklum balas sesegera mungkin. Hubungi +6 016 2605 502 untuk mendapatkan maklum balas segera. Terima kasih.